Plot Mat Spy

Mat mengusahakan warung kopi, 'Pak Din Kopi Kona'. Satu hari berlaku rompakan di kedai emas Cha Eh yang berhampiran warungnya.

Pak Din Teksi, bapa kepada Murni iaitu pekerja Mat telah dijadikan tebusan oleh salah seorang perompak yang telah berjaya melarikan diri.

Penculik itu yang cuba menyembunyikan emas di kebun pisang telah dipatuk ular tedung dan mati.

Ketua perompak dan pembantunya yang cuba menceroboh ke wad dimana Pak Din yang cedera parah akibat ditembak telah memberikan petunjuk kepada Mat. Mat yang terperanjat telah lari keluar.

Mat telah pergi ke lokasi rahsia dimana emas hasil curi disembunyikan. Mat tidak mahu membawa emas itu bimbang dirinya menjadi sasaran. Mat memberitahu hal itu kepada Chong tauke emas dan rakan-rakannya tetapi mereka tidak percaya.

Mat melaporkan pada polis, Mat yang berangan angan menjadi Polis telah menyalahgunakan uniform anggota dengan menyamar sebagai Polis.

Untuk dibebaskan dari dakwaan penyamaran, Mat telah memberikan lokasi dimana emas curi itu ditempatkan di Pontian.

Tauke Chong yang mendapat semula emasnya telah menghadiahkan Pak Din sebuah proton Saga berwarna merah tetapi dia memberikan hadiah itu kepada Mat.